Blog

Blog

Kenaikan Cukai SST Membebankan Rakyat?

Pada 1 Mac 2024, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kadar kenaikan cukai SST dari 6% menjadi 8%. Namun, adakah kenaikan peratus ini mengundang parah kepada rakyat?

SST merupakan penggantian sistem cukai yang sedia ada, kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Walaupun ramai orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan, adalah penting bagi kita untuk memahami perbezaan dan kesannya antara kedua-dua sistem cukai ini.

SST dan GST kedua-duanya adalah cukai penggunaan. GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan, manakala SST adalah cukai penggunaan satu peringkat. Berbeza dengan GST, ia dikenakan kepada pengguna sesuatu barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga kepada pengguna itu sendiri.

Menerusi GST, kadar yang ditetapkan hanya 6% di mana pengguna tahu nilai sebenar yang dikenakan pada satu kadar.Bagaimanapun cukai SST mempunyai kadar yang berbeza, iaitu 5%, 10% dan ada juga kadar spesifik yang ditentukan kerajaan. Keadaan ini menyebabkan pengguna sukar mengetahui kadar cukai yang dikenakan dalam bentuk harga. Oleh itu, rakyat menganggap sebarang cukai yang dikenakan kepada mereka sebagai beban yang perlu ditanggung. Mereka tidak memahami sepenuhnya cara SST dilaksanakan di Malaysia, yang menyumbang kepada keadaan ini.

Ramai menganggap kenaikan cukai SST 8% ini akan mendatangkan beban kepada mereka, namun pada dasarnya, Kenaikan kadar cukai perkhidmatan ini hanya menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan.

Hal ini diberi maklum sendiri dari Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berkata langkah itu adalah bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, parkir kenderaan, telekomunikasi serta logistik. Selain itu, sebelum kerajaan melaksanakan kenaikan kadar cukai ini, sudah semestinya telah mengambil pendekatan berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.

Buat pengetahuan semua!

Sebenarnya, Dianggarkan sebanyak RM3 bilion tambahan akan diperolehi oleh sistem percukaian yang dipertingkatkan ini. Hasil tambahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan bantuan bersasar kepada rakyat dan meningkatkan penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam penting seperti kesihatan, sekolah dan jalan raya. Peningkatan kadar cukai perkhidmatan tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang merupakan keperluan asas dan sebahagian daripada gaya hidup rakyat negara.

Sebagai contoh, perkhidmatan telekomunikasi, makanan dan minuman, dan parkir kenderaan masih dikenakan cukai perkhidmatan 6% peratus. Ini termasuk logistik, yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus; sebaliknya, penghantaran makanan dan minuman tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan.

Selain itu, hanya kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj) dikenakan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan elektrik.

Kenaan cukai perkhidmatan tersebut tidak memberi kesan kepada hampir 85 peratus pengguna elektrik, yang berada di bawah ambang tersebut.

Semua perkhidmatan yang terdapat dalam Jadual Pertama yang tertakluk kepada cukai akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus mengikut Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024, yang dikeluarkan pada 23 Februari 2024.

Perkhidmatan digital dan perkhidmatan bercukai yang diimport termasuk dalam kategori ini.

Oleh kerana kenaikan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan itu hanya melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai, kerajaan menjangkakan perubahan ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga perkhidmatan yang mendadak yang akan menjejaskan ekonomi. 

Maka, dengan kenaikan harga cukai ini sebenarnya akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan ekonomi negara dan dapat membantu rakyat dari aspek taraf hidup lebih terjamin.