Blog
Musim cukai pendapatan telah kembali! Salah satu sumber utama pendapatan kerajaan ialah cukai pendapatan, yang digunakan untuk membiayai pelbagai pembangunan, perkhidmatan, dan kebajikan untuk kepentingan rakyat dan negara. Sama ada anda baharu dalam kerjaya anda atau hanya ingin menambah pengetahuan, artikel ini akan membantu anda memahami tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai di Malaysia.
Ramai orang di Malaysia percaya bahawa menyediakan dan memfailkan cukai pendapatan setiap tahun adalah sukar. Mereka yang baru dengan proses ini mungkin bingung. Ini menyebabkan ramai orang gagal memenuhi tanggungjawab cukai pendapatan mereka.
Membayar cukai adalah kewajipan yang harus dipikul oleh semua warganegara dalam suatu negara.
Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan atau perbelanjaan individu sebenarnya adalah alat ekonomi yang sangat penting bagi negara untuk mendapatkan hasil atau pendapatan.
Secara umumnya, tujuan kutipan cukai adalah seperti berikut:
Secara keseluruhannya, cukai merupakan aspek penting dalam pentadbiran negara yang efektif, dan sebagai rakyat, kita perlu memenuhi tanggung jawab ini dengan penuh keikhlasan.
Selain itu, penting untuk kita memahami bahawa pembayaran cukai, sama ada oleh individu atau peniaga seperti Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), akan kembali dan dinikmati semula oleh masyarakat.
Lebih-lebih lagi, sebagai pemilik PKS, membayar cukai perniagaan memiliki beberapa kelebihan:
Bagaimanapun, sebagai pemilik perniagaan yang cekap, adalah bijak untuk merancang secara strategik percukaian perniagaan untuk membayar cukai sekecil mungkin, tetapi selaras dengan undang-undang yang berlaku.
Untuk mencapai matlamat ini, diperlukan pengurusan akaun perniagaan yang teliti.
Jadi, sebagai seorang pemilik perniagaan sangatlah wajar untuk menjalankan tanggung jawab bagi mengemukakan cukai pendapatan tahunan kepada pihak LHDN. Berdasarkan artikel di atas, ia adalah satu satu contoh yang sangat tidak wajar untuk dicontohi. Dimana seorang bekas pengarah telah dikenakan penalti kerana beliau gagal mengemukan cukai pendapatan syarikatnya.
Berikut adalah akibat dan penalti yang bakal dikenakan sekiranya gagal untuk kemukakan sebab yang kukuh terhadap pihak LHDN:
Jenis Kesalahan | Peruntukan di Bawah ACP 1967 | Jumlah Denda (RM) |
Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan | 112(1) | RM 200.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai | 112(1) | RM 200.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata cukai Pendapatan | 113(1)(a) | RM 1,000.00 hingga RM 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/ orang lain | 113(1)(b) | RM 1,000.00 hingga RM 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
Sengaja mengelak cukai/ membantu orang lain mengelak cukai | 114(1) | RM 1,000.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor |
Membantu/menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai | 114(1A) | RM 2,000.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya |
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai | 115(1) | RM 200.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Mengganggu/menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas | 116 | RM 1,000.00 hingga RM 10,000.00 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya |
Tidak menyimpan rekod | 119A | RM 300.00 hingga RM 10,000.00 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya |
Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM | 120(1) | RM 200.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan | 120(1) | RM 200.00 hingga RM 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Sumber: Lembaga Hasil dalam Negeri
Hedgeford Galleria. No. 5-1 Block B, Plaza Wangsa Maju Jalan Maju Ria 2 Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
+6 012- 547 5587
najibwahabnwa@gmail.com